• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sanggup Derhaka Kepada Ibu, Ahli PKR Sertai BN

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAIN hilang kepercayaan terhadap pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR), rayuan ibu menyebabkan bekas Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Mustafah Talib keluar parti.

Mustafah yang disertai kira-kira 1,000 ahli menyerahkan borang menyertai Barisan Nasional (BN) dalam pertemuan dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusat Islam Libaran di Sungai Kayu, hari ini.

Mustafah berkata, ibunya yang juga Ketua Cawangan UMNO di Batu Sapi, Armah Abdul sering memujuknya untuk kembali ke pangkuan BN selepas keluar UMNO pada 2016 kerana mahu mengikut jejak langkah pemimpin WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, dia hilang kepercayaan terhadap pemimpin WARISAN yang menjadi idolanya serta Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew kerana hanya mementingkan diri sendiri, terutama dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya tak sanggup derhaka kepada ibu kerana dia sudah berulang kali memujuk dan merayu sehingga menitiskan air mata, lagi pun BN terutama Ketua Menteri yang banyak berjasa kepada keluarga saya.

“Selain itu, saya hilang kepercayaan terhadap presiden WARISAN dan Pengerusi PKR Sabah.

“Dulu Shafie pernah jadi idola saya, namun baru setahun jadi pembangkang, beliau hilang pertimbangan, tiada lagi semangat menghormati dalam parti dan kerjasama apabila membolot semua kerusi,” katanya.

Mustafah berkata, dia meninggalkan UMNO sebelum ini kerana kecewa dan tanda protes apabila Mohd Shafie dipecat daripada jawatan menteri kanan dan kembali semula kepada BN selepas tidak lagi sehaluan dengan pemimpin berkenaan.

Selain Mustafah, turut mengisytiharkan keluar parti bagi menyertai BN adalah Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) Batu Sapi yang juga Ahli Majlis Tertinggi HARAPAN RAKYAT, Basri Ibrahim bersama 1,200 ahli.

Basri berkata, mereka memilih menyertai BN kerana mahu berada di bawah kepemimpinan Musa yang disifatkan berada di landasan betul. – BERNAMA

Tags: BNSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd