• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Lalok Ka, Kena Sabotaj Ka; Siasatan Tetap Jalan”

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS akan tetap menjalankan siasatan terhadap pelakon wanita popular, Uqasha Senrose yang ditahan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) kelmarin, biarpun artis itu mendakwa dirinya disabotaj.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid, siasatan kini tertumpu kepada 53 pil daripada enam bungkusan aluminium foil yang ditemui dalam beg tangannya.

Katanya, polis akan menghantar bahan itu untuk ujian makmal dan setelah selesai proses itu, barulah siasatan akan menjurus kepada bagaimana dadah itu boleh berada di dalam simpanannya.

“Kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini termasuk mengesahkan bahan itu dadah atau bukan, dengan menghantar bahan itu ke makmal.

“Selepas mendapat keputusan ujian makmal baru kami menjurus kepada siasatan lain termasuk bagaimana bahan itu berada bersamanya dan unsur sabotaj jika terbukti ia dadah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Roslan berkata, tidak timbul isu polis akan menghentikan siasatan berdasarkan dakwaan pelakon terbabit yang menyatakan dia dianiaya.

Semalam, media melaporkan pelakon wanita popular itu ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 biji pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah sintetik itu ditemui selepas pemeriksaan rapi ke atas pelakon jelita berusia 26 tahun itu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 tengah hari kelmarin. -MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd