• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Berarak Selepas SPR Umum Keputusan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu melarang sebarang perarakan diadakan selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam esok.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata perarakan yang diadakan boleh menjejaskan kelancaran lalu lintas selain mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang awam.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dalam hal ini. Mana-mana pihak atau individu yang berdegil serta tidak mematuhi larangan ini akan dikenakan tindakan tegas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut undang-undang sedia ada termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

Sementara itu, Aidi mengingatkan semua calon dan penyokong parti-parti yang bertanding pada PRU14 supaya mematuhi tempoh berkempen yang tamat pada 12 malam ini.

Beliau berkata semua pihak harus memastikan tiada lagi aktiviti berkempen diadakan oleh mana-mana pihak selepas tempoh itu.

PRU14 yang berlangsung esok mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya berlaku pertandingan tiga penjuru di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Seramai 2,647 anggota polis akan bertugas sepanjang hari pengundian itu bagi memastikan kelancaran proses pengundian dan keselamatan orang awam. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI

JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI

11/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah memulakan siasatan terhadap seorang individu beragama Islam yang dipercayai melakukan ritual...

‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee

‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan tindakan mengecam Eric Lim Sian See hanya kerana istilah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd