• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Kemanusiaan Palestin Dilancarkan Imigresen

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin JIM untuk mengutip dana bagi misi bantuan dan aktiviti kemanusiaan untuk warga Palestin, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata perkara itu antara fokus dalam mesyuarat pegawai JIM dan Aman Palestin yang dipengerusikannya di ibu pejabat JIM di sini bagi membincangkan isu-isu kemanusiaan berhubung Palestin serta langkah-langkah kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak.

Katanya, mesyuarat itu merupakan satu platform bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan isu-isu kemanusiaan di Palestin, kesucian Baitulmaqdis dan isu-isu imigresen yang memerlukan pemerhatian dan penelitian lanjut.

“Tabung Kemanusiaan Palestin JIM ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat Palestin dengan seliaan Aman Palestin.

“Tabung ini akan dilancarkan dalam bulan Ramadan ini dan diharapkan seluruh warga Imigresen serta seluruh masyarakat Malaysia dapat memberikan sumbangan bukan setakat bulan Ramadan ini sahaja tapi sumbangan yang berterusan demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), Datuk Shahril Ismail manakala Aman Palestin di wakili Ustaz Awang Suffian Awang Piut, Ustaz Anas Abdul Wahab, dan beberapa pegawai daripada pengurusan Aman Palestin.

Dalam pada itu, Mustafar berkata pihaknya sentiasa komited dalam menentukan aspek penguatkuasaan dan kawalan sempadan dilaksanakan tanpa kompromi demi memastikan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara terjamin serta terpelihara sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan JIM tetap tidak sesekali mengetepikan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan untuk setiap warga Imigresen.

“Semua warga Imigresen diseru untuk terus mempertingkatkan infak dan sedekah sepanjang bulan Ramadan ini sebagai lambang kesyukuran ke atas pelbagai nikmat yang telah Allah SWT kurniakan sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik ditimpa dengan ujian kesusahan dan penderitaan peperangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Palestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd