• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Harapan Malaysia Untuk Terima Derma Rakyat

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.

“Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan.

“Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata nombor akaun sumbangan itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Pengumuman mengenai hutang negara yang berjumlah RM1 trilion telah mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai antara mereka menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan “Sayangi Malaysiaku” sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun ini.

Mengenai Program PERMATA, Dr. Mahathir berkata ia akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata PERMATA akan diteruskan memandangkan ia program yang baik dalam membantu meningkatkan pembangunan dan kebajikan kanak-kanak tetapi ia perlu dikaji dan diaudit terlebih dahulu.

Ditanya mengenai desas-desus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dibubarkan, Dr. Mahathir berkata kedudukan jabatan itu masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Bagaimanapun, katanya satu kumpulan ulama dan individu berpengetahuan dalam agama Islam akan membincangkan peranan Jakim di negara ini.

“Sama ada Jakim akan dikekalkan seperti sekarang ataupun tujuan asalnya akan dihidupkan semula,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mahu memastikan Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa.

“Itu bukan Islam dan banyak larangan yang ada dalam Islam tidak diamalkan oleh kita, sebaliknya kita fikir cara lain yang tidak datang dari agama Islam untuk menunjukkan Islam agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain, kita lebih suka memaksa sedangkan ajaran al-Quran kata tiada paksaan dalam Islam,” katanya.

Mengenai status Biro Tata Negara (BTN), Dr. Mahathir berkata ia juga sedang dalam kajian.

Ditanya mengenai cadangan Hindraf 2.0 supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera, Dr. Mahathir berkata ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet tersebut.

Mengulas gesaan Bersih 2.0 supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan ahli SPR meletak jawatan, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneliti terlebih dahulu beberapa laporan yang diterima mengenai salah laku dalam pengurusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Selepas kajian itu selesai barulah kita fikirkan apa tindakan yang perlu diambil terhadap beliau (Pengerusi SPR),” kata Dr. Mahathir. – BERNAMA

Tags: tabungTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd