• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Utama Kes Bunuh Pemotong Rumput Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Suspek utama kes bunuh seorang pemotong rumput di Taman Awam Muhibbah petang semalam, ditahan polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata lelaki warga Indonesia berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Belacan, Jalan Apas di sini, kira-kira 12.50 tengah malam.

“Penangkapan suspek ini akan membantu menyelesaikan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata suspek ditahan reman mulai hari ini sehingga 30 Mei, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan awal mendapati suspek menikam mangsa kerana dendam ekoran pada hari sebelum kejadian suspek menegur mangsa kerana datang kerja lewat.

“Tetapi mangsa terus meludah di hadapan suspek dan tidak mengendahkan teguran suspek,” katanya bahawa berikutan itu suspek mengaku merancang membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau berukuran 13 inci.

Media sebelum ini melaporkan mangsa Sarif Pance, 52, yang juga seorang warga Indonesia ditemui mati dengan 10 kesan tikaman di bahagian badan dalam kejadian bunuh di Taman Awam Muhibbah, kira-kira 2 petang. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd