• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Spiral Bicycle, Pedestrian Bridge’ Tarikan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengunjung ke Pulau Mutiara akan berpeluang untuk berbasikal di lokasi baharu sambil dijamu pemandangan indah lautan sebaik ‘Spiral Bicycle dan Pedestrian Bridge’ mula dibuka untuk orang ramai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata struktur itu merupakan satu-satunya jejantas di negara ini yang direka khas dalam bentuk lingkaran bagi keperluan pejalan kaki serta penunggang basikal, dalam kawasan pembinaan yang terhad untuk menyeberangi lebuh raya

“Spiral bicycle dan pedestrian bridge di Queensbay, Bayan Baru itu merupakan komponen untuk merealisasikan ‘Coastal Cyling Route’ di pesisiran pantai timur pulau. Kekangan ruang tanah serta usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang berbasikal dan menikmati pandangan indah dari Spiral Bridge telah mencetuskan idea dalam mereka bentuk jambatan ini,” katanya.

Beliau ditemui semasa majlis pelancaran jambatan itu yang dikenali Jambatan Harapan di sini hari ini, yang turut dihadiri bekas Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng.

Chow berkata ‘Spiral bridge’ itu merentangi Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di hadapan kilang Intel beserta dua jambatan yang dibina merentangi Sungai Nibong Kecil dan Sungai Ara bernilai RM8.9 juta, dibiayai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pada masa sama beliau berkata kerajaan negeri dan MBPP sememangnya berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berbasikal.

“Sehubungan itu, Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang telah dirangka oleh kerajaan negeri dan MBPP pada 2010. Dalam pelan induk itu, lebih kurang 180 kilometer laluan basikal telah dirancang untuk disediakan secara berperingkat di bahagian pulau, negeri ini menjelang 2020.

“Kini 95 peratus daripada laluan basikal dalam pelan induk ini atau 171 kilometer laluan basikal telah berjaya disediakan,” katanya.

Sementara itu seorang pengunjung Eeleen Tan, 40, ketika ditemui Bernama melahirkan rasa teruja dengan pembinaan jambatan untuk penunggang basikal dan pejalan kaki itu.

“Sangat menarik, selalunya saya akan berbasikal di Taman Botani tetapi sekarang boleh datang ke sini kerana ia lebih dekat dengan rumah kami di Batu Maung. Saya boleh kata lokasinya sangat strategik dan orang ramai boleh melihat matahari terbit pada waktu pagi ketika berada di atas jambatan ini,” katanya.

Sementara itu adiknya Aileen Tan, 37, turut bersetuju dan berharap pihak berkenaan dapat menyediakan kemudahan fasiliti seperti tong sampah kerana pengunjung akan bertambah ramai pada waktu malam. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd