• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong BN Teruskan Pembangunan Masyarakat India

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan agama Hindu menyeru seluruh masyarakat Hindu agar memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok.

Mereka ialah Majlis Hindu Dunia Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Hindu Sevai Sangam dan Majlis Belia Hindu Malaysia.

Presiden Majlis Hindu Dunia Malaysia V.K. Regu berkata sikap prihatin dan terbuka Najib telah menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan yang pernah dihadapi masyarakat India untuk memastikan mereka tidak terpinggir atau ketinggalan daripada arus pembangunan negara.

Beliau berkata komuniti Hindu amat yakin dengan Najib yang berjaya memajukan dan memakmurkan Malaysia menjadi negara unggul lagi dihormati oleh bangsa lain di dunia.

“Kami penuh yakin kepimpinan Najib dan kerajaan BN pasti akan memberi ruang yang lebih baik untuk kita berbincang demi memajukan masyarakat Hindu di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Regu berkata NGO komuniti Hindu meragui segala janji dan komitmen Pakatan Harapan terutama di Selangor memandangkan tidak ada calon-calon di kalangan kaum Hindu mewakili masyarakat di Parlimen walaupun 95 peratus daripada masyarakat India di Selangor adalah beragama Hindu. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd