• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Gembira Malaysia Setuju ‘Gadai’ Batu Puteh

oleh
02/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia tidak akan menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Ini termasuk permohonan semakan semula terhadap dua kes berkaitan pulau dikenali sebagai Pedra Branca oleh pemerintah Singapura itu yang dikemukakan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tahun lepas.

Berita gembira tersebut diumumkan Kementerian Ehwal Luar Singapura dalam kenyataan media semalam, sekali gus mengesahkan pulau yang pernah menjadi milik Kesultanan Johor itu sebagai hak kekal republik berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Putrajaya mengesahkan kerajaan baharunya akan “pertimbang semula” permohonan kes tersebut.

Ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu merujuk keputusan pihak pentadbiran sebelumnya iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk cabar keputusan ICJ berhubung status Batu Puteh yang diputuskan pada tahun 2008.

Bekas perdana menteri itu menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang berikrar menyempurnakan amanat arwah ayahandanya, Sultan Mahmud Iskandar pada 2010 menuntut kedaulatan Batu Puteh dari Singapura.

Baca: Kisah Mahathir ‘Gadai’ Johor Kepada Singapura

MESRA… Najib Tun Razak (kanan) bergambar dengan Sultan Ibrahim dan anakandanya, Tunku Ismail serta bekas menteri besar Johor, Khaled Nordin ketika menghadap baginda di Johor Bahru pada 2016.

Sebagai respons kepada pemberitahuan pihak ICJ tersebut, Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan dengan ceria dipetik media berkata: “Kami yakin dengan kes kami dan ketepatan keputusan panel ICJ sebelum ini.

“Apabila Malaysia membuat permohonan untuk tidak meneruskan permohonannya, kami sangat mengalu-alukan keputusan mereka dan bersetuju. Malaysia dan Singapura sudah jalani proses undang-undang dan menutup kes ini.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada pasukan guaman kami dipimpin Profesor S. Jayakumar atas persiapan mereka yang teliti dan komprehensif membentangkan hujah bernas terhadap permohonan dikemukakan oleh Malaysia.”

Terletak 44 kilometer di timur Singapura, pertikaian berhubung pemilikan Batu Puteh, bermula sejak 1979 apabila Malaysia menerbitkan peta rasmi yang menunjukkan pulau itu berada dalam wilayah perbatasan perairan negara.

Singapura membantah dan isu itu dibawa ke ICJ pada 2003. Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Batu Puteh manakala Middle Rocks atau Batuan Tengah menjadi hak milik Malaysia.

Baca: Kisah Sultan Johor Rasmi Pangkalan Dekat Batu Puteh

Peta kedudukan Pulau Batu Puteh atau disebut juga sebagai Pedra Branca oleh pihak pemerintah Singapura.

Panel ICJ namun tidak membuat keputusan mengenai kedaulatan ke atas South Ledge atau Tubir Selatan. Malaysia kemudian memfailkan permohonan pada 2 Februari 2017 untuk menyemak semula keputusan oleh ICJ tersebut.

Kes itu merujuk tiga dokumen ditemui di Arkib Negara Britain menunjukkan pegawai peringkat tertinggi kolonial “tidak anggap Singapura sebagai memiliki kedaulatan ke atas Pedra Branca” sekitar dekad 1950-an dan 1960-an.

Awal Mei lalu, Singapura memfailkan pemerhatian bertulis mengenai permohonan semakan semula, yang disifatkan sebagai komprehensif untuk mematahkan hujah permohonan balas Malaysia bagi interpretasi penghakiman ICJ.

Permohonan kedua Malaysia pada 30 Jun 2017 yang dikemukakan oleh Apandi sekali lagi meminta penjelasan bagi penghakiman sama. Singapura kemudian memberikan respons menerusi pemerhatian bertulis sekitar Oktober 2017.

Perbicaraan awam bagi kedua-dua kes itu pada asalnya dijadualkan bulan depan di Peace Palace di The Hague, Belanda. Setiap kes diperuntukkan selama empat hari bermula 11 Jun bagi kes pertama dan 18 Jun bagi kes kedua.

Bimbang kalah dalam semakan terkini itu, pasukan guaman Singapura diwakili oleh Peguam Negara Lucien Wong, Prof. S. Jayakumar, Prof. Tommy Koh dan bekas Hakim Besar Chan Sek Keong. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Batu PutehICJPedra BrancaSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Tu, Panduan Manipulasi Hutang Negara?

Next Post

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Related Posts

Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara – PM

Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara – PM

06/12/2024
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk terkait isu pulau Batu Puteh, adalah pengkhianatan...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd