• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Tu, Panduan Manipulasi Hutang Negara?

oleh Haris
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA-TEKI mengenai hutang negara yang secara tiba-tiba mencecah RM1 trilion kini mungkin berjaya ‘dirungkai’.

Ia tidak lain tidak bukan merupakan manipulasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ‘dikantoikan’ sendiri secara tidak sengaja oleh seorang penyokong tegarnya.

Menerusi satu gambar Mahathir yang dimuat naik oleh seorang pengikut tegarnya, Abu Bakar Yahya di Facebook, Mahathir yang dilihat sedang bersandar di kerusi pejabatnya itu mempunyai satu dokumen ‘menarik’ di atas mejanya bertajuk ‘Manipulasi Hutang Negara Siri 2’.

Jika dilihat gambar itu dengan sekali pandang, pasti orang ramai hanya melihat gelagat perdana menteri ke-7 Malaysia itu tanpa menyedari dokumen yang terletak di atas meja pejabatnya.

Bagaimanapun, entri daripada akaun Anti Semua Salah UMNO di Facebook yang menyedari akan perkara itu nyata telah membongkarkan kelicikan pemimpin berusia 93 tahun itu.

Melalui posting itu, akaun berkenaan telah membangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kewangan dan kadar hutang negara.

Seperti yang diketahui, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan terhadap kerajaan terdahulu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menelan segala fitnah berkenaan yang hanya dilempar berdasarkan dendam kesumat sesetengah individu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia kini dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri bagaimana liciknya permainan politik.

Adakah dokumen tersebut mempunyai maksud lain? Tidak mungkin. Semua orang mengerti apakah maksud manipulasi. Dan dokumen yang sedang diteliti Mahathir itu terang-terang bertajuk ‘Manipulasi Hutang Negara’.

Pendedahan ini nyata membangkitkan beberapa persoalan. Adakah kadar hutang negara telah dimanipulasi oleh Pakatan Harapan sebelum PRU14 tempoh hari?

Jika dilihat kepada kertas yang ada di hadapan Mahathir itu, ia jelas menunjukkan bahawa dokumen tersebut merupakan siri kedua dan sudah pastilah ia mempunyai siri pertama sebelum ini.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia gempar dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa hutang negara kini mencecah 1 trilion walhal semasa zaman pemerintahan BN, hutang negara hanya sekitar RM870 bilion. Kemudian jumlah berkenaan turun lagi.

Bagaimanapun, tidak mustahil jika hutang berkenaan akan meningkat kepada RM1 trilion akibat ketidak stabilan matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika.

Ini adalah pergurusan ekonomi yang lemah oleh kerajaan semasa.

Tidak mustahil juga suatu perkara yang lebih dahsyat akan berlaku terhadap hutang negara ini sekiranya ianya terus dimanipulasi oleh kerajaan yang hanya mahu mengaburi mata rakyat dan melenakan rakyat dengan janji-janji manis yang sememangnya tidak mampu dilaksanakan.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha melihat dan Maha mendengar dan tidak akan ada satu perkara pun yang mungkin terlepas dari pandangan dan pendengaranNya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Anti Semua Salah UMNO

Tags: hutang negaraTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd