• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Mulakan Tugas Rasmi KM Sabah

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba untuk memulakan tugas rasmi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini dengan diiringi kawalan keselamatan polis.

Mengiringi beliau ialah Pengerusi PH Sabah, Christina Liew dan Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking.

Beliau yang tiba pada jam 10.45 pagi disambut Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Pemimpin lain yang hadir ialah Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau yang sebelum ini mengumumkan UPKO keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong serta bekerjasama dengan pakatan WARISAN-PH bagi membentuk kerajaan negeri.

Beberapa bekas ADUN BN termasuk dua ADUN UPKO iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian) turut menyambut ketibaan Mohd Shafie.

Turut menyambut beliau ialah ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar yang sebelum ini keluar UMNO dan menyatakan sokongan kepada kerajaan WARISAN-PH.

ADUN lain ialah Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu) dan Datuk Abduk Muis Picho (Sebatik) yang sebelum ini daripada UMNO menyokong pakatan WARISAN-PH.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman juga kelihatan menyambut Mohd Shafie.

Beberapa penyokong WARISAN turut kelihatan menunggu ketibaan Mohd Shafie di pekarangan PPNS.

Mohd Shafie mengangkat sumpah Ketua Menteri kelmarin apabila pakatan WARISAN-PH mendapat majoriti mudah 35 kerusi untuk membentuk kerajaan selepas enam ADUN BN menyatakan sokongan kepada pakatan berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi BN, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah Ketua Menteri pada Khamis lalu belum meletak jawatan, malah menjelaskan beliau masih Ketua Menteri yang sah.

Musa bersama anggota Kabinet yang mengangkat sumpah bersamanya turut mengadakan mesyuarat pertama Kabinet pada Sabtu lalu.

Setakat ini, belum diketahui sama ada Musa juga hadir di PPNS untuk memulakan tugas rasmi di pejabat Ketua Menteri yang terletak di tingkat 30.

Pasukan keselamatan kelihatan berkawal di PPNS bagi mengawal keadaan berikutan kemungkinan dua Ketua Menteri hadir memulakan tugas rasmi hari ini. – BH ONLINE

Tags: SabahShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd