• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Jelajah Terima Kasih Anwar Kepada Penyokong

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mengadakan sesi jelajah ke negeri-negeri sebagai tanda penghargaan kepada rakyat atas sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan.

Ketua Umum PKR itu berkata sesi itu akan bermula tidak lama lagi memandangkan pembentukan kabinet untuk fasa pertama telah selesai dan beliau juga gembira dengan pengumuman senarai kabinet.

“Saya gembira urusan ini telah diselesaikan. Ini adalah bahagian pertama kabinet. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

“Tidak seperti regim sebelum ini, anggota jemaah menteri kami akan diperhati dengan teliti oleh rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, Anwar dan isterinya yang dinamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di sini hari ini.

Ditanya kehidupannya selepas dibebaskan sejak Rabu lalu, Anwar berkata beliau masih belum berkesempatan meluangkan masa bersama anak dan cucunya secukupnya kerana sibuk dihujani media.

Anwar, 71, dibebaskan pada Rabu lalu setelah diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimpenyokong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd