• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sering Melakukan Kesilapan Punca Gagal Kutip 3 Mata

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR- Gagal menyempurnakan peluang yang ada dan sering melakukan kesilapan antara sebab skuad Hijau Kuning berkongsi satu mata dengan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, walaupun Kedah selesa didepan dengan jaringan 3-1 pada babak pertama perlawanan, namun kesilapan demi kesilapan yang dilakukan membolehkan pasukan lawan “mencuri” peluang itu dengan menambahkan dua lagi jaringan di babak kedua permainan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati, cuma kita “dihukum” sebab selalu buat silap walaupun dah mendahului dua jaringan di separuh masa pertama perlawanan.

Babak kedua permainan, kita cuba menjaringkan gol keempat tapi gagal, sebaliknya pasukan lawan yang terus bersemangat dapat mengambil peluang yang tercipta sehingga berjaya menambah dua lagi jaringan menjadikan 3-3,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Mohd Nidzam Adzha berkata, ketiadaan pemain pertahanan, Mohd Rizal Ghazali turut memberi kesan pada barisan pertahanan Kedah apabila sering dibolosi pasukan lawan pada perlawanan itu.

“Rizal tidak dapat diturunkan kerana menerima kad kuning sebelum ini, namun pada perlawanan bertemu Pahang pada 5 Mei di Kuantan kita akan turunkan beliau bagi menebus semula kekalahan di sini dan mengutip tiga mata, ” katanya.

Sementara itu, pengendali pasukan Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kejayaan mengikat Kedah 3-3 pada separuh masa kedua sesuatu yang bernilai dan membangkitkan moral pasukan untuk perlawanan seterusnya.

“Kami ketinggalan dua jaringan ketika memasuki waktu rehat dan saya beri kata-kata semangat kepada mereka untuk berusaha menjaringkan gol seperti yang Kedah buat, Alhamdulillah mereka dapat lakukan dan ia point (mata) berharga buat kami untuk berada dalam carta liga dan kebangkitan semangat, ” katanya.

Menurutnya, beliau memuji kesebelasan utama pasukannya itu kerana mampu memberi saingan yang kuat kepada Kedah yang diketahui mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan berkebolehan dan satu-satunya pasukan yang disegani. – BERNAMA

Tags: Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd