• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Bom: Budak Bergaul Dengan Militan

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA – Kanak-kanak yang terbabit dalam serangan bom membabitkan gereja dan balai polis di bandar raya kedua terbesar Indonesia dalam tempoh 24 jam sejak Isnin lalu, tidak bercampur dengan masyarakat atau kanak-kanak lain.

Menurut polis Indonesia, siasatan berdasarkan perbualan dengan kanak-kanak yang terselamat mendapati mereka diasingkan daripada masyarakat dan bergaul dengan militan.

Dalam serangan ke atas tiga gereja Ahad lalu, enam sekeluarga terbunuh bersama tujuh lagi mangsa, menjadikannya serangan pengganas terburuk di Indonesia sejak pengeboman restoran di Bali pada 2005.

Kelmarin, lima sekeluarga yang menaiki dua motosikal menyerang balai polis dengan meletupkan diri mereka menyebabkan enam terbunuh, empat daripadanya pengganas dan 10 lagi cedera.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lapan tahun, terselamat.

“Kanak-kanak terbabit ‘dipengaruhi’ oleh ibu bapa mereka,” kata Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin, kepada Reuters.

Menurutnya, budak perempuan yang tidak diikat bahan letupan pada tubuhnya, tercampak sejauh tiga meter akibat letupan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.

“Dia sudah sedar dan akan ditemani saudara-mara serta pekerja sosial apabila disoal polis nanti,” katanya.

Sementara itu Presiden Joko Widodo menyifatkan penyerang sebagai ‘kejam’ berikutan tahap kerosakan dan hakikat kanak-kanak digunakan dalam serangan itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: IndonesiaMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd