• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 278,590 Polis, Tentera Mengundi Awal Esok

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan masing-masing akan melaksanakan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di seluruh negara, esok.

Mereka terdiri anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.

Mereka adalah sebahagian daripada 300,255 pengundi awal yang berdaftar dengan baki 21,665 orang lagi akan mengundi secara pos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Pengundian awal ini akan dilaksanakan di 586 pusat mengundi melibatkan 910 tempat mengundi (saluran mengundi) bermula 8 pagi dan ditutup secara berperingkat dari pukul 5 petang hingga 7 petang. Beberapa pusat mengundi pula akan ditutup lebih awal antara pukul 1 dan 3 petang.

Antara lokasi tempat mengundi adalah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi anggota polis serta kem-kem tentera untuk warga ATM.

Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang dikendalikan 6,376 petugas pilihan raya.

Proses itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

Kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi esok, sebaliknya akan disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap-lokap balai polis. Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian pada 9 Mei, bermula 4 petang.

Seramai 14,940,624 pengundi berdasarkan daftar pemilih suku keempat 2017 akan mengundi pada PRU14 ini. – BERNAMA

Tags: Undi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

28/07/2026
0

JELEBU - Rakyat Negeri Sembilan diseru memberi mesej yang jelas pada 1 Ogos ini bahawa harga diri dan undi mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd