• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepasang Suami Isteri Antara 30 Penagih Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 30 individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai penagih dadah dalam serbuan Operasi Perdana kira-kira dua jam sebelum waktu berbuka puasa, semalam.

Timbalan Pengarah AADK Melaka, A. Reuben berkata kesemua suspek berusia antara 24 dan 58 tahun itu ditahan ketika mereka berpusu-pusu masuk ke sarang penagihan di bekas tapak pelupusan sampah di Krubong di sini untuk ‘menjamu’ juadah berbuka puasa.

“Serbuan ini hasil maklumat awam serta risikan dan dua wanita yang ditahan berusia 24 dan 36 tahun itu dipercayai masuk ke kawasan berkenaan untuk mendapatkan bekalan mereka. Wanita berusia 24 tahun itu datang bersama suaminya.

“Kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang lelaki yang merupakan bekas penjawat awam berusia 52 tahun, didapati positif dadah jenis heroin dan methamphetamine,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini, malam tadi.

Beliau berkata, operasi selama lima jam yang melibatkan 35 pegawai dan anggota AADK Melaka itu turut merampas kira-kira 100 gram dadah dipercayai jenis heroin serta beberapa peralatan untuk menghisap dadah.

Reuben berkata 25 individu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala lima lagi yang merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang masih menagih dadah akan dituduh kerana melanggar syarat pengawasan yang ditetapkan.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh di sini untuk tindakan lanjut. – BERNAMA ​

Tags: AADKdadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd