• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Kabinet Diputuskan Secara Prinsip – PM

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata senarai anggota Kabinet dan kementerian diputuskan olehnya secara prinsip sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengemukakan cadangan nama anggota Kabinet dan pilihan kementerian masing-masing.

“(Dan) saya akan sahkan siapa pegang jawatan dan kementeriannya. Ada kemungkinan saya jumpa sekali lagi dengan ketua parti (dalam Pakatan Harapan) tapi prinsipnya ialah keputusan dibuat oleh saya sebagai Perdana Menteri,” kata beliau pada sidang media yang padat dengan wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah mengemukakan cadangan nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan jawatan masing-masing dalam Kabinet ketika bertemu dengan beliau hari ini.

“Mereka (PKR) mengemukakan 10 nama walaupun diminta tiga (nama). Dalam 10 nama itu, keutamaan ialah untuk anggota teras Kabinet iaitu 10 orang,” kata beliau.

Dr. Mahathir, 92, yang juga Pengerusi PH berkata satu lagi parti yang turut menghantar cadangan nama untuk anggota Kabinet ialah Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengemukakan tiga nama.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak bertemu dengannya sebaliknya menghantar cadangan nama itu melalui surat, kata perdana menteri.

Ditanya mengenai pengumuman Sabtu lepas berhubung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan sedangkan masih menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Dr. Mahathir berkata Lim hanya dinamakan sebagai Menteri Kewangan dan belum mengangkat sumpah.

“Dia (Lim) bukan lagi menjadi menteri sebelum dia angkat sumpah,” katanya.

Dr. Mahathir berkata seseorang menteri yang dilantik mestilah orang yang layak menjadi menteri dan jika menghadapi kes di mahkamah, beliau tidak boleh dilantik menyandang jawatan itu.

“Kita kena ikut peraturan undang-undang, kalau dia boleh jadi menteri, dia bolehlah jadi. Tetapi, jika undang-undang menyatakan dia perlu bebas daripada sebarang pertuduhan atau lain-lainya, baru boleh jadi menteri…kita tunggulah,” jelas Dr. Mahathir.

Ditanya sama ada Lim boleh mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan sekarang, perdana menteri berkata laporan perlu diperoleh terlebih dahulu sama ada beliau boleh mengangkat sumpah atau tidak.

Ditanya sama ada kerajaan PH akan membentangkan bajet yang baharu selepas 100 hari dan setelah Majlis Penasihat Kerajaan membuat pembentangan, Dr. Mahathir majlis berkenaan sedang meneliti bajet pertengahan penggal.

“Tetapi, saya sudah arahkan Kementerian Kewangan untuk meneliti bajet bagi menentukan apa yang utama, yang menjadi keperluan dan sebagainya. Ini kerana, adalah menjadi harapan (PH) untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan sebanyak yang mungkin hingga menjadi sejumlah wang yang boleh diperoleh kerajaan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: kabinetMahathir Mohamad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd