• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Jawatan UMNO Bakal Dipertandingkan

oleh Haris
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO meminta semua pihak menghentikan perbalahan mengenai pertandingan jawatan tertinggi sehingga menimbulkan dakwaan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut peraturan parti itu, semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden UMNO boleh dipertandingkan.

Menurutnya, sebanyak 191 bahagian akan bersidang dan memilih pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO serentak di seluruh negara pada 30 Jun ini.

“Mereka yang ingin menawar diri untuk bertanding hanya perlu mendaftar secara dalam talian dalam tempoh lebih daripada dua minggu bermula awal Jun ini (bulan depan)

“Ini menjadikan UMNO parti yang paling terbuka di dunia dan sesiapa saja dalam kalangan ahli boleh bertanding apa jua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan MT,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, malam tadi.


Beliau mengulas mengenai cadangan dari pimpinan UMNO yang mahu jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan bagi mengelak perpecahan selepas parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, pemilihan jawatan bagi pimpinan sayap parti itu iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita juga akan diadakan serentak di seluruh negara pada 23 Jun ini.

“Sebagai parti pembangkang yang sangat berbeza peranannya kini, sudah pasti ahli mahu mencorakkan kepemimpinan seterusnya untuk diberi mandat memimpin.

“Kebetulan pula jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden sememangnya kosong. Kini terserah kepada yang empunya diri dan ahli,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam tampil memberi cadangan agar jawatan presiden, timbalan presiden dan satu daripada tiga jawatan naib presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan menyifatkannya sebagai mengarut kerana dilihat memberi mesej yang salah kepada masyarakat mengenai hala tuju UMNO selepas PRU14.

Dalam pada itu, melalui satu entri berlainan di laman sosialnya itu, Annuar menasihatkan semua ahli UMNO agar menjaga parti tersebut dengan baik kerana ia mewakili rakyat yang ramai.

Beliau turut menjelaskan bahawa hampir 2.56 juta orang atau 21.15 peratus pengundi menyokong UMNO yang mewakili 56 kerusi Parlimen di seluruh negara.

“Jaga kepentingan Islam dan Bumiputera… jadi parti pembangkang yang berwibawa serta berintegriti. Sokong yang baik, (manakala) tentang yang buruk diberkati jua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Tan Sri Anuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd