• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamba Seludup Motosikal Ikut ‘Jalan Tikus’

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA lelaki tergamam selepas ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyeludup masuk motosikal curi menerusi ‘jalan tikus’ di Kampung Serikin, di Bau, Sarawak pagi semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, suspek masing-masing berusia 23 tahun dan 24 tahun itu diberkas oleh anggota Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang menjalankan Ops Serkap.

Jurucakap Markas 1 Divisyen Infantri berkata, sebelum itu, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia dan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota dikerah melakukan pemantauan sebelum mengesan dua suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran tidak sempat meloloskan diri kerana anggota kita sudah mengepung kawasan berkenaan.

“Mereka ditahan bersama-sama motosikal Yamaha Lagenda dan Yamaha 125Z.

“Pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan kenderaan itu termasuk cukai jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek membawa beberapa peralatan curi motosikal.

“Pasukan serbuan kemudiannya membawa suspek bersama motosikal yang dirampas ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal dianggarkan bernilai RM17,000 itu dipercayai dicuri di kawasan Serikin sebelum cuba diseludup masuk ke negara jiran.

“Suspek juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri termasuk pasport untuk masuk ke negara ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pasukan 13RAMD sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengekang jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan penyeludupan. – myMetro Online

Tags: Curi Motosikalpenyeludupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

22/09/2021
0

KANGAR - Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan...

18 Anggota Keselamatan Terlibat Sindiket Jenayah Ditahan

18/06/2020
0

JOHOR BAHRU - Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota pasukan keselamatan dipercayai sanggup menjual maklumat kepada sindiket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd