• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Kemelut Dengan PRN – Mufti Perlis

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut perlantikan Menteri Besar negeri ini.

Mohd Asri berkata, melalui PRN rakyat boleh membuat keputusan dalam menentukan siapa yang lebih layak untuk memimpin negeri ini.

“Pandangan saya, kita bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan kita mendapat calon yang lebih kemas dan lebih baik.

“Pada masa yang sama, rakyat boleh menilai kembali parti yang dipilih mereka sebelum ini (Plihan Raya Umum ke-14), selepas beberapa isu yang dibangkitkan serta didedahkan ketika ini.

“Ini akan peluang untuk membentuk kerajaan yang lebih baik dan kukuh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ziarah dan Berbuka Puasa bersama masyarakat bukan Islam, di Kangar, malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas situasi terkini kemelut politik yang melanda Perlis.

Terbaru, Barisan Nasional (BN) Perlis akan menghantar senarai 11 nama calon Menteri Besar Perlis dan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, minggu hadapan.

Kemelut Menteri Besar Perlis telah memasuki minggu ketiga hari ini, walaupun Datuk Seri Azlan Man sudah menggalas jawatan itu sejak minggu lalu.

Krisis bermula apabila Shahidan menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim yang juga ADUN Tambung Tulang sebagai calon Menteri Besar Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, pencalonan Ismail tidak mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin kerana baginda tidak mahu Menteri Besar Perlis menjadi ‘boneka’ kepada pihak tertentu.

Sembilan ADUN BN memboikot istiadat berkenaan sebagai bantahan terhadap perlantikan semula Azlan yang berlangsung di Istana Arau pada Khamis lalu.

Kejadian itu menimbulkan murka Tuanku Syed Sirajuddin kerana semua ADUN berkenaan telah mendapat surat jemputan dari pihak Istana dua hari sebelum majlis berlangsung. – myMetro Online

Tags: BN PerlisPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd