Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hilang Selepas Berhabis Duit...

BEIJING - Seorang pemuda menghilangkan diri selepas menghabiskan wang berjumlah 1.7 juta yuan...

Dividen 2016 KWSP Atasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan keputusan yang baik meskipun...

Colombia Ke Separuh Akhir...

EAST RUTHERFORD - Colombia mara ke separuh akhir Copa America pertama mereka sejak...

Pengendali Forklift Maut Terjatuh...

JOHOR BAHRU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan notis terhadap...

“Saya Kesal Lindungi, Tak Terus Terang Tentang Najib”

BARISAN Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lalu dan kejutan itu mendorong pemimpin parti berkenaan mula memikirkan kesilapan yang telah mereka lakukan hingga membawa kepada kejatuhan parti politik berkenaan.

Salah seorang adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengakui beliau sepatutnya berterus terang mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak, bukannya melindunginya berhubung skandal 1MDB.

Kenyataan ini dibuat Ahli Parlimen Rembau yang lebih dikenali sebagai KJ pada temubual bersama Channel NewsAsia baru-baru ini.

“Ia tidak sepatutnya berlaku lagi, kita tidak boleh benarkan pemimpin UMNO dipisahkan dengan realiti. Jika kita teruskan dengan amalan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, UMNO akan pupus,” katanya yang mengaku situasi itu akan membuatkan dia menyesal seumur hidup.

Bukan itu sahaja, malahan Khairy juga mendedahkan kekalahan yang dialami BN dan UMNO kerana kecuaian mereka.

“Apa yang berlaku adalah kita berada dalam khayalan, kita umpama hanyut dalam keselesaan dan apa yang kita ada hingga terbawa-bawa.

“Selepas Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) disingkir, masih tiada siapa yang mengakui kita bermasalah. Inilah kesalahan besar yang kita telah lakukan,” katanya lagi.

Walaupun Khairy meletakkan Najib sebagai punca kekalahan BN, beliau tetap mengakui ianya tanggungjawab bersama komponen parti itu.

Katanya, ketika BN tewas majoriti dua pertiga pada 2008 ketika dipimpin perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepimpinan parti itu berpindah kepada Najib dengan harapan ia dapat memberi imej baharu.

Bagaimanapun, kesalahan besar yang dilakukan adalah dengan mengekalkan operasi yang sama.

“Mereka fikir dengan mengubah ketua, semuanya akan menjadi lebih baik. Kita tidak boleh lakukan kesalahan sama lagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan empat langkah yang perlu dilaksanakan BN untuk kembali mendapatkan kepercayaan dan keyakinan iaitu:

*Mengekalkan 78 kerusi yang dimenangi.


*Mempertahankan UMNO jika Pakatan Harapan cuba mendaftarkan semua parti itu kerana gagal mempertahankan kedudukan pada PRU14.

*BN perlu menjadi pembangkang yang kukuh dan berwibawa.

*BN perlu melakukan perubahan struktur bagi mencerminkan aspirasi rakyat.

Selain itu, Khairy juga menyarankan supaya parti itu membuka peluang kepada kaum lain kerana kemerosotan undi yang diperoleh BN dan UMNO.

Jelasnya, penstrukturan semula itu termasuk kemungkinan membenarkan keahlian tanpa mengambil kira agama dan latarbelakang kaum.

“Kita perlu mempertimbangkan dengan serius pelbagai kemungkinan. Apa sebenarnya DNA kita dan ia perlu dipersoalkan,” katanya.

Beliau juga membayangkan BM perlu sentiasa bersedia kerana bakal berdepan dengan cabaran lebih besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

“Kita perlu bersedia berdepan dengan dua gergasi dalam dunia politik.

“Saya hanya semut di antara dua gergasi itu dan saya perlu pastikan dapat berfikir dan bergerak pantas untuk tempoh lima tahun lagi,” katanya. – mStar Online

Kategori