• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355: CEO IKSIM Gagal Batal Saman Khalid Samad

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Profesor Datuk Mahamad Naser Disa untuk membatalkan saman difailkan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri mewakili Mahamad Naser selaku defendan dan peguam Mohd Faizal Abdullah mewakili Khalid yang merupakan plaintif.

Ahmad Kamal memberitahu pemberita bahawa kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan selama dua hari bermula 13 November selepas mahkamah menolak permohonan anak guamnya untuk membatalkan saman berkenaan.

Mohd Faizal pula berkata permohonan defendan (Mahamad Naser) ditolak selepas mahkamah mendapati ada isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut.

Pada 30 Januari lepas, Mahamad Naser memohon untuk membatalkan saman berkenaan atas alasan saman itu menyalah guna proses mahkamah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan kerana dijadikan platform bagi meraih ‘political mileage’ (janji atau gimik politik) berhubung isu RUU 355.

Pada 15 Mac lepas, saman itu juga cuba diselesaikan melalui proses mediasi, namun gagal mencapai penyelesaian.

Pada Disember tahun lepas, Khalid menyaman Mahamad Naser selepas mendakwa defendan (Mahamad Naser) telah menyentuh isu RUU 355 dalam satu seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira 9.50 pagi, 28 September 2017 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Khalid mendakwa Mahamad Naser di dalam ceramah bertajuk `Wacana isu semasa dan perundangan peringkat negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan perlembagaan’, telah membuat pernyataan antaranya menggambarkan plaintif menentang sekeras-kerasnya RUU 355, menentang pelaksanaan hukum syarak termasuk hudud dan menentang usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Plaintif mendakwa pernyataan itu dibuat dengan berniat jahat sehingga menyebabkan reputasinya sebagai Anggota Parlimen Shah Alam tercemar.

Khalid menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan selain menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf. – BERNAMA

Tags: Khalid SamadRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

29/04/2022
35

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd