• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Kawasan Tindih Sempadan Perairan Diterus

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Rundingan mengenai kawasan pertindihan sempadan perairan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu berterusan bagi membela nasib nelayan yang sering ditahan pihak berkuasa akibat kekeliruan yang timbul berhubung perkara itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan berkata​​​​​ isu kawasan pertindihan itu perlu diatasi segera supaya tidak menjejaskan golongan nelayan negara ini.

“Apabila nelayan melihat data yang ada pada bot mereka (ia menunjukkan) mereka berada di perairan Malaysia, tetapi data yang ada pada penguatkuasa Indonesia (sebaliknya menunjukkan) kawasan itu adalah di perairan Indonesia.

“Inilah situasi yang sering kali berlaku. Saya harap perbincangan antara dua negara ini kerap ​​​​​​ dilaksanakan agar satu penyelesaian yang tuntas dan muktamad mengenai sempadan dapat dicapai agar nelayan tidak menjadi mangsa (keadaan),” katanya kepada pemberita selepas program Lautan Biru bersama nelayan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas pembebasan Mahbob Hasimat, ​nelayan daerah ini, yang baru dibebaskan dari Rumah Tahanan Tanjung Pinang, hari ini.

“Saya bagi pihak nelayan Pontian ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia atas pembebasan Mahbob yang telah dijatuhi hukuman selama setahun di Rumah Tahanan Tanjung Pinang,” katanya.

Mahbob, 57, yang ditahan di perairan Indonesia pada 11 Ogos tahun lepas, dijangka tiba di jeti Stulang, dekat Johor Bahru, pada 3 petang hari ini.

Setakat ini terdapat lebih 2,000 nelayan di daerah Pontian termasuk nelayan pesisir pantai.

Ahmad merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pontian pada​​​​​​​ Pilihan Raya Umum ke-14 dengan hari pengundian dijadualkan esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

LHDN Jangka Sasaran Kutipan Cukai RM185 Bilion Dapat Dicapai

LHDN Jangka Sasaran Kutipan Cukai RM185 Bilion Dapat Dicapai

01/11/2023
0

Cyberjaya: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah RM185.02 bilion untuk 2023, dengan mengambil kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd