Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pelajar Kita Raih Dua...

BAYAN LEPAS - Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (SMKSB), R...

KPM Umum Berita Gembira...

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga...

Azalina: Kabinet Tak Ada...

Kabinet tidak mempunyai kuasa menghalang rang undang-undang yang bertujuan menyekat ahli parlimen daripada...

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa...

SINGAPURA - Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan...

PM Terima Sijil Perakuan PH Sebagai Gabungan Sah

RASMI… Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini boleh tarik nafas lega setelah Pakatan Harapan (PH) disahkan secara rasmi sebagai sebuah gabungan politik yang sah di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi PH menerima sijil pendaftaran blok empat parti tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

PH menerusi laman sosial rasmi Facebook turut memuat naik gambar Mahathir yang juga Pengerusi PPBM ceria tersenyum menerima sijil berkenaan dalam majlis ringkas sambil disaksikan beberapa pemimpin pakatan itu.

Antaranya ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir sama ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu yang bakal dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Alwi dalam majlis tersebut berkata bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah pun membatalkan notis pembubaran sementara PPBM berkuat kuasa semalam setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi dalaman parti.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata pembatalan notis sebelum ini yang bertarikh 5 April 2018 di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 itu adalah selaras dengan Seksyen 14(6) akta yang sama.

Menurut Alwi, di bawah Seksyen 14(6), Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan notis di bawah Seksyen 14(5) apabila maklumat-maklumat yang diminta itu telah diberikan.


“Keputusan tersebut telah dicapai setelah pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh pihak PPBM yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ROS bulan lalu mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan, yang memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk hantar semua dokumen diperlukan ROS.

Hasil penyelesaian isu tersebut, Alwi berkata permohonan pendaftaran PH yang sebelum ini tergantung gara-gara isu PPBM; juga telah diberikan kelulusan selaras dengan Seksyen 7 akta yang sama semalam (16 Mei).

“Oleh demikian, pihak PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” kata Alwi.

Semalam, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden PH berkata pakatan tersebut telah diluluskan sebagai sebuah parti gabungan empat parti yang sah setelah permohonan itu diluluskan oleh ROS semalam.

PH adalah gabungan parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM.

Kategori