• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Respon TMJ Terhadap Slogan ‘Pakatan Johor’

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“MUAFAKAT itu berkat,” demikian respon ringkas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Facebook, semalam.

Kenyataan itu dimuat naik baginda dipercayai sebagai respon terhadap keputusan Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman Sapian, berkenaan penukaran slogan ‘Muafakat Johor’ kepada ‘Harapan Johor’.

Dalam status itu juga, baginda menegaskan slogan tersebut digunakan sejak sekian lama iaitu sejak tertubuhnya negeri Johor pada 1885.

Ini secara jelas menggambarkan baginda tidak bersetuju dengan cadangan Setiausaha PPBM Johor itu.


“Slogan yang telah digunakan sejak sekian lama iaitu semenjak tertubuhnya negeri Johor pada tahun 1885,” kata baginda.

Sabtu lalu, Datuk Osman Sapian yang dilantik menjadi Menteri Besar mengatakan slogan ‘Muafkat Johor’ merupakan slogan kerajaan lama diterajui Barisan Nasional (BN), bertentangan dengan kepimpinan baharu Pakatan Harapan (PH).

“Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan ‘Team Johor’ juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baru ini dikenali Pakatan Harapan Johor,” katanya.

Osman menambah, Kerajaan PH Johor hanya akan menukar slogan, tetapi mengekalkan istilah Bangsa Johor.

“Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JohorTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd