• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: 2 Anggota, Pesara Polis Dipenjara 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua anggota dan seorang pesara polis masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah RM5,000, tiga tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Sarjan Azahar Adon, 57; Koperal Rosli Bali, 56, dan pesara berpangkat koperal Yusof Ali, 61, selepas mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula hari ini serta memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.

Hakim Rozilah turut menasihatkan ketiga-tiga tertuduh supaya bermuhasabah diri dan menjadikan hukuman tersebut sebagai pengajaran kerana rasuah adalah jenayah serius, lebih-lebih lagi tugas pihak polis adalah untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Kalau nak pencen pun mesti nak nama harum atas sumbangan dan kerjasama yang kita laksana semasa bertugas. Kita tidak mahu pengakhiran seperti ini, amat menyedihkan. Saya mohon anda muhasabah diri…ini baru pengadilan di dunia, bertaubat supaya ia menjadi pengajaran,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa menerima wang itu daripada Mohd Rizal Jantan melalui seorang wanita, Mariani Ismon, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Rizal yang disyaki memiliki dan mengedar dadah.

Mereka yang masih dan pernah bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah melakukan kesalahan itu secara bersama di perkarangan stesen minyak Petronas di Km 2, Lebuh Raya Damansara-Puchong, kira-kira 5 petang pada 22 April 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Peguam ketiga-tiga tertuduh, Y. Sheelan Samuagam memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rozilah mengarahkan supaya permohonan tersebut dibuat selewat-lewatnya hari ini atau ketiga-tiga tertuduh akan dimasukkan terus ke dalam penjara seperti mana hukuman yang telah dijatuhkan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammed Heikal Ismail. – BERNAMA

Tags: anggota polisKes Rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd