• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Banjir Di Kulim Disiasat Segera

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mahu siasatan terperinci dilakukan pihak berkenaan bagi mengenal pasti punca kekerapan banjir kilat di daerah ini sejak seminggu lepas.

Beliau berkata walaupun punca sebenar belum dikenal pasti terutama di kawasan yang tidak pernah dlanda banjir namun, beliau tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pembalakan.

“Kita akan siasat dan mengambil tindakan sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa dan kawasan banjir Kampung Baru, Sungai Kob di sini, hari ini.

Dalam lawatan hampir 45 minit itu, beliau turut menzahirkan simpati terhadap keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat dibawa arus deras malam tadi.

Kejadian kira-kira 11 malam itu menyebabkan Johari Bakar, 57, dan anak perempuannya, Nor Suri Dalina, 14, maut selepas mereka hanyut dibawa arus deras.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata beliau akan memastikan semua bantuan disalurkan secepat mungkin kepada mangsa banjir di Kampung Baru Tambahan.

“Maklumat awal yang diberikan menyatakan bahawa Syarikat Air Darul Aman (SADA) sudah membekalkan bekalan air yang terputus akibat paip pecah.

“Sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan membantu membersihkan lumpur di dalam rumah mangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd