• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tebatan Banjir Fokus Utama Di Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Projek tebatan banjir menjadi antara projek utama akan dilaksanakan di Parlimen Permatang Pauh, kata Anggota Parlimen kawasan berkenaan Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata sistem perparitan lama di beberapa kawasan dalam parlimen itu akan dinaik taraf kepada yang baharu dan kajian untuk tebatan banjir turut akan dijalankan.

“Saya rasa ini sangat penting kerana bertahun-tahun, berdekad-dekad masalah banjir ini dihadapi banyak negeri. Masalah utama adalah sistem perparitan terutamanya di Taman Siakap di Seberang Jaya.

“Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sudah melaksanakan beberapa projek untuk menaik taraf sistem perparitan yang lama kepada sistem perparitan baharu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pejabat MPSP, di sini hari ini.

Nurul Izzah berkata buat masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sedang melakukan kajian sistem perparitan bagi kawasan Taman Siakap serta Taman Senangin di Seberang Jaya, dan kajian itu dijadual siap Oktober depan.

“Apabila kajian siap perkara ini akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Tebatan Banjir untuk diteliti dari segi kos dan sebagainya termasuk kebolehlaksanaannya dan kita tunggu tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Mengikut rekod, Pulau Pinang berdepan 119 kali banjir sejak 2013 hingga 15 Oktober tahun lepas.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berharap proses desentralisasi termasuk membabitkan aspek fizikal dapat dilaksanakan dengan baik di negeri ini.

“Kita tidak mahu Pulau Pinang terkebelakang sedangkan dalam banyak aspek ke hadapan…mendapat perbelanjaan dan bantuan yang perlu bagi membangunkan negeri ini haruslah diberikan menerusi kerjasama baik dan erat di peringkat pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Permatang PauhProjek Tebatan Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM

Projek Tebatan Banjir Dipercepat Melalui ‘Fast-Track’ Tender – PM

14/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah ‘fast-track’ atau pantas dalam kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd