• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PKR Dakwa PAS Cuba Pecah Undi Untuk BN

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa tindakan PAS meletakkan calon di kawasan bukan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bertujuan untuk memecahkan undil.

Beliau berkata tindakan PAS itu akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Sebagai contohnya di Perak, katanya PAS bertanding di kawasan Parlimen Teluk Intan yang pengundi Melayu 38 peratus daripada keseluruhan 66,487 pengundi Cina (42 peratus), manakala pengundi India (19 peratus).

“Manakala di kawasan Parlimen Sungai Siput, PAS juga meletakkan calonnya yang mana pengundi Melayu hanya 33 peratus (daripada 55,002 pengundi), kaum Cina (39 peratus) dan India 21 peratus.

“Ini semua adakah untuk memecahkan undi Melayu bagi memenangkan BN?,” katanya dalam sidang media pada program ‘Santai Petang Bersama Kak Wan’ di Felda Lasah di sini, hari ini.

Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan persaingan tiga penjuru melibatkan calon BN selaku penyandang Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang bertanding atas tiket PKR dan calon PAS Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Parlimen Sungai Siput pula membabitkan pertembungan empat penjuru antara calon PKR S.Kesavan, Ishak Ibrahim (PAS), Datuk Seri S. K. Devamany (BN-MIC) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM) yang juga penyandang kerusi itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd