• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sahkan Geledah Kediaman Najib

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada tangkapan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setakat pukul 2 pagi ini.

Menurut sumber polis, serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu bertujuan mencari dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Media tempatan melaporkan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya menggeledah kediaman bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini malam tadi.

“Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas perdana menteri untuk membuat pencarian,” katanya ketika dihubungi media.

Tinjauan Bernama mendapati 16 kenderaan polis bersama trak memasuki kediaman Najib pada pukul 10.15 malam tadi bagi menjalankan siasatan.

Susulan itu, kawasan sekitar kediamannya dikerumuni puluhan pengamal media tempatan dan asing selain orang ramai untuk mengetahui perkembangan terkini.

Polis dilihat turut menggeledah kediaman Najib di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Dedah Bayar Semula Peguam Kes Bintang Porno

Next Post

Polis Rampas Beg Tangan, Pakaian Dari Rumah Najib

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Polis Rampas Beg Tangan, Pakaian Dari Rumah Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd