• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Dedah Bayar Semula Peguam Kes Bintang Porno

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara rasmi mendedahkan bahawa beliau membayar semula peguamnya lebih AS$100,000 (RM396,752) tahun lalu, difahamkan ada kaitan dengan pembayaran wang rahsia kepada seorang bintang lucah, menurut laporan kerajaan.

Pendedahan itu menunjukkan satu siri kenyataan bertentangan dari Trump dan wakilnya membabitkan skandal yang berlegar di sekitar peguam Michael Cohen. Ia turut menjejaskan nama beberapa syarikat perbadanan utama dan oligarki Russia.

Dokumen yang dikeluarkan semalam oleh sebuah badan etika kerajaan AS, tidak menyatakan sebab pembayaran kepada Cohen, yang membayar AS$130,000 (RM515,776) kepada pelakon filem porno, Stormy Daniels ketika pemilihan pada 2016.

Daniels, atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, mendakwa pernah menjalin hubungan dengan Trump pada 2006.

Presiden menafikan hubungan itu, dan pada mulanya mengaku tidak tahu menahu mengenai sebarang pembayaran, yang menurut Cohen bertujuan untuk menghalang Daniels daripada membuat pendedahan kepada umum.

Walau bagaimanapun, dakwaan Trump mula terbongkar awal bulan ini, selepas Rudy Giuliani, ahli baru pasukan undang-undang presiden, berkata Trump membayar balik Cohen untuk jumlah yang dibayar kepada Daniels dan mengakui pembayaran balik itu.

Stormy Daniels menyaman untuk dibebaskan daripada perjanjian yang dicapai dengan Cohen, mendakwa ia tidak sah kerana Trump tidak pernah menandatanganinya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Peguam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd