• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Beg Tangan, Pakaian Dari Rumah Najib

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal hari ini.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi tadi berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen diambil.

Beliau berkata pihaknya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Kami percaya (pencarian) dibuat mengikut akta pengubahan wang,” katanya, sambil menambah Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.

Setakat 8 pagi ini, anggota polis masih berada di lokasi.

Lebih 10 kenderaan polis termasuk trak tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam tadi selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Harpal berkata sebuah lagi kediaman peribadi Najib iaitu apartmen mewah di Jalan Raja Chulan turut menjadi lokasi carian polis.

Polis dilihat membawa keluar beberapa barangan dan kotak yang tidak diketahui kandungannya dalam operasi yang berakhir sekitar 3 pagi.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd