Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pekerja Tidak Langsung Jangka...

KUALA LUMPUR – Pembubaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak langsung dijangka oleh...

Kedah Senaraikan 18 Barangan...

ALOR SETAR - Sebanyak 18 jenis barang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga...

Pilihan Raya UniMAP Dikendali...

KANGAR - Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berlangsung semalam catat...

Adenan Gesa Penduduk Kampung...

SIBU - Penduduk yang mempunyai ramai ahli keluarga di beberapa buah kampung di...

Polis Rampas Mercun Lebih RM50,000 Di Besut

BESUT – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM50,000, yang dibawa masuk dari negara jiran, untuk dipasarkan di sini sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata rampasan kali pertama musim perayaan itu dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, Jertih di sini pada 2.30 pagi tadi.

Polis turut menahan seorang penjawat awam berusia 34 tahun, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek merupakan pengedar bunga api dan mercun bagi peniaga di pasar malam dan kedai di sekitar Besut.

“Suspek membeli 35 jenis mercun dan bunga api itu dengan harga RM10,000 daripada seorang peniaga negara jiran melalui Munduk.


“Polis menemukan bunga api dan mercun itu di sebuah setor berdekatan dengan rumah suspek,” katanya sambil memberitahu suspek itu, yang tidak mempunyai kes jenayah lampau dan negatif dadah, akan didakwa di mahkamah. – BERNAMA

Kategori