Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Putin Arah Pasukan Nuklear...

Moscow : Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tenteranya meletakkan 'pasukan pencegahan' nuklear negara...

Polis Marin Rampas 78,000...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960...

Putrajaya, UPM Pilihan Lokasi...

KUALA LUMPUR - Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dikenal pasti antara...

Pengusiran Penduduk PPR Tak...

TINDAKAN kerajaan negeri mengusir 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown,...

Polis Melaka Selesai 60 Peratus Kes – KP Melaka

MELAKA – Polis Melaka telah berjaya menyelesaikan kira-kira 60.2 peratus atau 584 daripada 970 kes jenayah yang dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata indeks jenayah yang dilaporkan di negeri itu dalam tempoh Jan hingga April turut mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 970 kes berbanding 1,054 dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya kejayaan ini disumbangkan oleh beberapa faktor utama termasuk meningkatkan kekerapan operasi dan rondaan jenayah, pelaksanaan program pencegahan jenayah dan kerjasama erat antara masyarakat setempat dengan balai polis berhampiran.

“Sebanyak 223 kes jenayah kekerasan berjaya diselesaikan daripada 234 kes yang dilaporkan dalam empat bulan pertama tahun ini manakala bagi jenayah harta benda pula, sebanyak 361 kes berjaya diselesaikan daripada 736 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama.

“Ia merupakan usaha berterusan semua anggota dan pegawai bagi memastikan aspek keselamatan negeri sentiasa berada pada terbaik selain memberi fokus pada penyelesaian kes agar penjenayah dapat dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Rasmi Ketua Menteri Melaka ke Ibupejabat Polis Kontijen Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata kes tertinggi yang dilaporkan di negeri itu ia curi motosikal iaitu sebanyak 374 kes diikuti pecah rumah (184 kes), curi (143 kes), samun tanpa senjata api (85 kes), mencederakan (66 kes) dan lain-lain (118 kes).


Beliau berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi iaitu sebanyak 799 kes diikuti Alor Gajah (98 kes) dan Jasin (73 kes).

“Di Melaka Tengah kita telah mengenal pasti beberapa lokasi panas yang sering berlaku jenayah iaitu di Banda Hilir, Tanjung Minyak, Malim dan Batu Berendam manakala di daerah Alor Gajah iaitu di Masjid Tanah, Durian Tunggal dan Kuala Sungai Baru. Bagi daerah Jasin pula ialah di Merlimau dan bandar Jasin,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori