Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Erdogan Tiba Di Malaysia...

SEPANG - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang...

Apabila Thomas Cakap Melayu…

SEBUAH video memaparkan Peguam Negara Tommy Thomas memberi ucapan dalam bahasa Melayu menjadi...

Selangor Batal Bazar Ramadan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri...

Harga Petrol Tetap Diumumkan...

PUTRAJAYA - Harga siling petrol dan diesel akan tetap diumumkan pada setiap minggu...

Polis Marin Rampas Mercun, Bunga Api RM65,000

PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah 3 yang berpangkalan di Kuantan, Pahang merampas mercun dan bunga api bernilai RM65,000 di sebuah stor di pekan Cherang Ruku di sini, malam tadi.

Komander pasukan itu, ACP Norzaid Mohd Said berkata rampasan itu dilakukan dalam serbuan 10 anggota dan seorang pegawai pada 11 malam, hasil risikan yang dijalankan selama tiga hari.

“Mercun bola antara barangan rampasan yang sangat berbahaya kerana ia boleh dilontar ke arah jarak jauh,” katanya kepada pemberita di Markas Tektikal Pasukan Polis Marin Tok Bali di sini, hari ini.

Norzaid berkata pihaknya percaya mercun dan bunga api itu diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Tok Bali dan Pasir Puteh yang mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri pertengahan bulan depan.

Tiada tangkapan dalam serbuan tersebut, katanya.


Beliau berkata pihaknya akan memperketatkan kawalan di kawasan sempadan untuk membendung kegiatan tersebut manakala orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu. – BERNAMA

Kategori