• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mahu Jamal Beri Kerjasama Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang telah enam hari menghilangkan diri, memberi kerjasama kepada PDRM bagi membantu siasatan kes melibatkan beliau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata satu permohonan waran tangkap terhadap Jamal telah dikemukakan semalam dan dijangka diperoleh hari ini.

Beliau menegaskan bahawa polis mengikut prosedur dan berlandaskan undang-undang sedia ada berhubung kes melibatkan Jamal dan bukannya atas tekanan mana-mana pihak seperti yang didakwanya.

Setakat ini, ada terdapat baki enam kes melibatkan Jamal sedang disiasat selain tiga kes berdasarkan pertuduhan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lepas.

“Kita akan teruskan usaha mengesan Datuk Seri Jamal sebab semua sedia maklum bahawa beliau sedang melarikan diri yang mana sepatutnya beliau memberikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan.

“Sejak Jumaat lepas, kita telah tuduh beliau sebanyak tiga kes dan berharap beliau memberi kerjasama namun beliau terus melarikan diri sehingga kini,” katanya kepada pemberita selepas membuat gimik melupuskan barang-barang kes jenayah peringkat daerah Kajang sempena Ops Dadu sepanjang 2016 hingga Mei 2018 di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Semalam Jamal melalui satu klip video yang diedar kepada media mendakwa terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu mengarahkan polis untuk mengenakan beliau dalam apa jua keadaan.

Mengenai pelupusan barang-barang kes jenayah, Fadzil berkata ia melibatkan sebanyak 4,314 set komputer dan 34 simulator dalam kes-kes melibatkan Ops Dadu sepanjang 2016 hingga 2017.

“Barang-barang kes tersebut adalah sebahagian barang-barang kes di bawah Sekyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 atau Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan melibatkan 402 kertas siasatan yang telah mendapat kelulusan Mahkamah Kajang untuk dilupuskan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadzil berkata pihaknya sedang mengesan suspek yang didakwa menikam lima lelaki dalam satu kejadian di Sepang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunospolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd