Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Pegawai Polis Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anak pegawai kanan polis hari ini didenda RM200,000 atau...

Air Pasang Besar: Jumlah...

SUNGAI PETANI - Mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di enam buah...

Isu Projek Lereng Bukit...

GEORGE TOWN – Isu pembangunan kawasan lereng bukit di negeri ini akan dibangkitkan...

Wan Sharmila Tak Rasa...

KUALA LUMPUR - Sungguhpun sering diberi peranan sebagai pelakon pembantu atau tempelan, aktres...

Polis Buru Lelaki Indonesia Bantu Kes Bunuh

TAWAU – Polis giat memburu seorang suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan kes tikam hingga maut seorang pemotong rumput di Taman Muhibbah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek dikenali sebagai Darma Sakti, 49, telah melarikan diri ke arah kawasan perkampungan Airport Lama di sini selepas menikam mangsa, Sarif Pance, 52, di luar stor menyimpan mesin rumput.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi, katanya, seorang saksi melihat suspek,yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, menikam mangsa beberapa kali di bahagian dada menggunakan pisau selepas berlaku pertengkaran.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata polis telah menemui sebuah pisau berukuran 25 sentimeter di tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Beliau berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

Kategori