• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas 2 Lelaki, Rampas Dadah RM43,180

oleh Ahmad Albab
12/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Sarawak memberkas dua lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM43,180 dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Abell, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata bertindak atas maklumat dan risikan, satu pasukan khas menyerbu hotel tersebut pada 11 pagi.

Dalam serbuan itu polis menahan dua suspek pengedar dadah dan pemeriksaan di dalam bilik hotel menemukan pelbagai jenis dadah antaranya syabu seberat 235 gram bernilai RM35,000 serta ketamin bernilai RM8,000 dan ekstasi, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dan wang tunai berjumlah RM2,642 daripada suspek.

Menurutnya kedua-dua lelaki tersebut dipercayai aktif dalam pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis metamfetamina ,” katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd