• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Beri Amaran Elak Provokasi, Menghasut

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati sengaja menimbulkan provokasi atau menghasut mana-mana pihak semasa proses mengundi Pilihan Raya Umum ke-14, esok.

Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, bagi membolehkan rakyat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan berhemah, aman serta harmoni.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang diarahkan oleh anggota polis atau petugas dan sebolehnya tolong keluar lebih awal untuk mengundi.

“Penyokong mana-mana parti politik diingat agar tidak meraih undi dalam kawasan 50 meter dari pusat-pusat mengundi dan terima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata para penyokong juga diingat agar tidak terlalu ghairah dengan kemenangan sehingga mewujudkan rasa marah atau dendam pihak-pihak lain dan patuhi undang-undang untuk menjaga keharmonian negara.

“Selain itu jangan beri kad pengenalan pada sesiapa, selain petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempat mengundi,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisprovokasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd