• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mohamad Maharani Md Tasi hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas dakwaan melakukan penyelewengan semasa menjadi pengerusi Felcra dari 2008 sehingga 2014.

Pesara kerajaan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau juga mendakwa bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menggunakan wang Felcra semasa berkempen pada PRU13.

Dakwanya penyelewengan itu menyebabkan pihak Felcra gagal meningkatkan pembayaran dividen kepada peserta selain tiga kilang sawit Felcra juga dijual di bawah harga pasaran.

Sehubungan itu, Mohamad Maharani memohon pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Tajuddin.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lepas, Mohamad Maharani kalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Manik kepada Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional. Zainol Fadzi kemudiannya keluar UMNO dan menyertai PPBM.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut, namun ia dirujuk ke IPD Perak Tengah untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd