• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Komited Teruskan Agenda Penurunan Kuasa

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pakatan Harapan (PH) komited dan akan meneruskan agenda penurunan kuasa dan pengagihan untuk Sarawak, kata Pengerusi PH negeri, Chong Chieng Jen.

“Oleh itu, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa penurunan kuasa ini terhenti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata halangan pertama kepada penurunan kuasa ini disebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak enggan menandatangani perjanjian baharu, dengan itu enggan menerima penurunan kuasa sepenuhnya dalam hal pendidikan dan penjagaan kesihatan walaupun semua peruntukan kewangan untuk mengendalikan dua kementerian ini telah disediakan dengan tambahan 15 peratus dalam royalti minyak dan gas serta 50 peratus daripada semua cukai yang dikutip di Sarawak.

“Nampaknya BN Sarawak hanya mahukan wang tetapi tanpa tanggungjawab. Ini bukan penurunan kuasa. Ini adalah tidak bertanggungjawab,” kata Chong yang juga Anggota Parlimen Stampin.

Bagaimanapun, Chong berkata PH akan terus meneroka saluran lain untuk penurunan kuasa termasuk penubuhan Jawatankuasa Kabinet Khas bagi mengkaji aspek lain penurunan kuasa, yang mana BN Sarawak mungkin selesa dengannya.

Bagi penurunan kuasa dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan, Chong berkata satu-satunya cara untuk Sarawak mendapat autonomi sedemikian adalah dengan menukar kerajaan Sarawak dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa tiga tahun.

Apabila ditanya mengapa penurunan kuasa itu perlu melalui beliau (Chong) apabila kerajaan negeri boleh berurusan terus dengan kerajaan persekutuan di Putrajaya, Chong berkata: “Mereka boleh melakukan sedemikian tetapi akhirnya ia akan kembali kepada kita.”

Mengenai isu lain, Chong berkata kumpulan kedua menteri Kabinet akan diumumkan perdana menteri, tidak lama lagi.

Beliau berkata dasar PH adalah untuk mengurangkan jumlah menteri bagi mengurangkan kos, tidak seperti kerajaan sebelum ini yang perlu membayar gaji kepada menteri yang tidak menunjukkan prestasi baik.

Ketika ditanya sama ada beliau tidak kisah sekiranya tiada menteri dari Sarawak dalam Kabinet persekutuan, Chong berkata: “Biar Kabinet penuh diumumkan dahulu, kemudian kita akan menelitinya.” – BERNAMA

Tags: pakatan harapansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd