• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kelantan Harap Kuota Senator, Timb. Menteri

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PKR Kelantan berharap wakil Pakatan Harapan (PH) di negeri itu turut tersenarai dalam Kabinet walaupun gabungan berkenaan gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, berkata sebagai rakyat Kelantan, mereka tidak mahu tertinggal dalam arus perubahan kepemimpinan.

“Kita berharap dua kuota senator menteri penuh atau sekurang-kurangnya satu menteri dan satu timbalan menteri dapat diberikan kepada wakil PH Kelantan untuk mengimbangi peranan Kerajaan Persekutuan di Kelantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Sukirman berkata, Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebuah pasukan yang mantap dan berkaliber untuk menguruskan negara.

Katanya, ia gabungan yang terbukti cemerlang dari segi rekod pentadbiran dengan gandingan pemimpin yang mempunyai latar belakang baik.

“Pelantikan pimpinan tertinggi seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga satu keputusan tepat berikutan rekod baik dalam memimpin Selangor dan Pulau Pinang, begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lama dalam Kerajaan Persekutuan.

“Diharapkan Kabinet baharu ini akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik dan mantap, selepas beberapa tahun berada dalam situasi menguncup. Keyakinan pelabur asing diyakini akan bertambah kukuh dan ekonomi dapat dipulihkan.

“Malah, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi keyakinan terhadap kestabilan politik tanah air,” katanya.

Beliau turut yakin gandingan terbaik Dr. Mahathir dan Anwar akan mampu memacu negara ini ke landasan tepat. – BH ONLINE

Tags: KelantanPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd