• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Adakan Mesyuarat Pertama Majlis Presiden

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada Jumaat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang menyaksikan gabungan itu membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan pertama dengan media tempatan dan antarabangsa selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh, hari ini, berkata mesyuarat itu akan membincangkan pembentukan barisan Kabinet baharu.

“Esok (Jumaat) adalah hari cuti. Tetapi saya tidak akan mengambil apa-apa cuti. Walaupun saya perdana menteri, saya terikat untuk mempertimbangkan pandangan parti-parti komponen, bagaimana kita membahagikan bilangan jawatan menteri di antara kita.

“Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan…ada yang diperlukan secara rasmi dan ada yang berkaitan keputusan dasar. Jadi ia adalah masa yang sibuk,” kata pemimpin berusia 92 tahun itu.

Mahathir, yang mengetuai gabungan empat parti – PPBM, PKR, DAP dan PAN, semalam telah mencipta kemenangan yang menakjubkan dalam PRU14 apabila mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama enam dekad.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pertemuan dengan kumpulan media pada sidang yang amat dinantikan itu, Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan gabungan itu semangat keberanian dan harapan dalam mengharungi pilihan raya itu.

“Semangat yang ditunjukkan itu sangat hebat dan ia tidak pernah dilihat dalam sejarah politik Malaysia, “ katanya.

Beliau berkata sebelum pilihan raya, PH hanya meramalkan dapat memenangi sekitar 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi lagi di Sabah dan Sarawak.

Tetapi ternyata, katanya, gabungan itu berjaya mencapai lebih daripada 120 kerusi Parlimen di seluruh negara.

“Kami telah mencapai majoriti mudah yang membolehkan kami menubuhkan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesyuarat Khas Pembentukan Kerajaan Kedah

Next Post

Mahathir, Anwar Dilihat Sebagai Gandingan Terhebat

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

Mahathir, Anwar Dilihat Sebagai Gandingan Terhebat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd