• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Pembentukan Kerajaan Kedah

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan bentuk kerjasama sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk memudahkan penubuhan kerajaan Kedah dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, semua parti yang bertanding di Kedah tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tiada pihak berjaya mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan Kedah dan kita akan bincang dalam mesyuarat khusus di peringkat pusat.

“InsyaAllah kita akan jemput kepimpinan pusat seberapa segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini, malam ini.

Ditanya pihak mana lebih menjadi keutamaan dalam kerjasama itu, Abdul Hadi berkata PAS akan melihat kecenderungan pihak boleh menyesuaikan polisi mereka dengan dasar Islam yang menjadi pegangan PAS.

“PAS ada dasarnya dan kita ada majlis syura berdasarkan Islam…kita akan lihat mana (parti) yang lebih memberi kebaikan kepada Islam dan rakyat,” katanya.

Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, PKR memenangi 18 kerusi, PAS (15) dan BN memperoleh tiga kerusi. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd