• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Agensi Dan Jabatan Berkaitan Digerakkan

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Anggota dan petugas daripada agensi dan jabatan berkaitan telah digerakkan ke kawasan banjir bagi membantu mangsa di Kulim, dekat sini sejak semalam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, ramai mangsa telah dipindahkan dan diberi bantuan awal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami bergerak pantas untuk mengenal pasti kawasan-kawasan terlibat walaupun pada waktu malam untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku dan kerja-kerja memindahkan mangsa ke sekolah-sekolah tertentu jika perlu.

“Jadi bantuan awal kita dah sampaikan tapi yang kita nak lihat ialah apa lagi bantuan-bantuan yang diperlukan mangsa-mangsa banjir termasuk rumah dipikul ribut dan semua ini kita dah gerakkan agensi-agensi kerajaan untuk membantu secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan Masjid-Masjid daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Seramai 140 imam dan wakil masjid Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun menerima sumbangan berupa wang tunai bagi digunakan untuk menggerakkan aktiviti dan program sepanjang Ramadan ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Kubang Pasu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim ketika dihubungi berkata, sehingga 1 tengah hari, lebih 400 mangsa daripada hampir 150 keluarga telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir berbanding 65 keluarga yang dilaporkan awal pagi tadi.

Mangsa yang paling ramai ialah di Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Menengah Agama Madrasah Insaniah Jangkang dengan 371 mangsa daripada 95 keluarga, Surau Taman Sang Kancil dengan 86 mangsa (26 keluarga) dan Dewan Masjid Sungai Limau dengan 39 mangsa (12 keluarga).

Sementara itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri Kedah sentiasa bersikap terbuka menerima teguran daripada imam-imam jika tindakan kerajaan tidak disenangi rakyat.

Beliau juga meminta supaya, rakyat tidak terlalu lama bermain politik sehingga menjadikan masjid sebagai medan berpolitik yang akhirnya akan memecahbelahkan umat Islam.

“Kita tak ada apa-apa masalah dengan teguran-teguran ini dan pada waktu sama saya menyeru pada imam-imam supaya tidak membenarkan masjid menjadi medan politik, sekarang ini tumpuan mestilah kepada membela nasib rakyat dan mensyariatkan agama Islam,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bila Media Sosial Jadi Pembuat Keputusan

Next Post

Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku Raja Pahang

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku Raja Pahang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd