• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku Raja Pahang

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di ibu negara.

Menurut Pegawai Media Istana Abdulaziz, Abdul Rahim Othman, pertemuan itu diadakan secara tertutup selama satu jam bermula kira-kira 10.45 pagi dengan turut disertai Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

“Pertemuan tersebut merupakan satu kunjungan mesra yang dilakukan oleh Anwar sempena bulan Ramadan dan Tengku Abdullah juga mengenalinya semasa menjadi timbalan perdana menteri dahulu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata kunjungan hormat itu dilakukan oleh Anwar bagi mempersembahkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih terhadap perkenan Raja-raja Melayu susulan pengampunan diraja membolehkan beliau dibebaskan.

“Pada pertemuan itu, pelbagai isu semasa negara dibincangkan dan baginda turut mengharapkan perpaduan rakyat terus diutamakan demi kesejahteraan bukan sahaja negeri Pahang, tetapi negara khasnya,” katanya.

Sebelum ini, Anwar telah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Selasa lepas sebaik dibebaskan pada 16 Mei lalu selepas diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Beliau dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan baginda selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kes liwat.

Anwar bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas itu pada Jumaat lalu turut melakukan kunjungan hormat di Istana Mahkota, Kota Bharu, Kelantan menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Beliau turut menghadap bonda dan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd