• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Peruntuk RM253,000 Bekal Air Bersih

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperuntukkan sebanyak RM253,000 bagi membekalkan air bersih kepada 200 penduduk Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa di bawah program ‘Water For Life’.

Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata program tanggungjawab sosial korporat itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

“Kita membekalkan bekalan air bersih dengan membuat sambungan daripada paip utama ke 39 rumah penduduk yang turut dilengkapi dengan meter, pam air, sistem perpaipan dan penapisan air serta tangki air yang mampu menampung antara 200 hingga 400 gelen air pada satu-satu masa.

“Kita belanjakan sebanyak kira-kira RM6,500 bagi sebuah rumah dan ia merupakan projek ke-15 kita di seluruh negara sejak ia dimulakan pada 2013,” katanya selepas majlis penyerahan projek itu di sini, hari ini.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood dan Pengurus Besar AKSB, Wan Mohd Zamri Wan Ismail.

Syed Zainal Abidn berkata Kampung Simpang Tiga dipilih berikutan penduduk berhadapan kesukaran tekanan air rendah sejak beberapa belas tahun yang lalu selain bertujuan memupuk kepentingan pemuliharaan air dalam memastikan kelestariannya. – BERNAMA

Tags: bekalan airpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd