Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (PAUiTM) berteguh pendirian dan sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke pusat pengajian tempatan itu kepada semua kaum.

Presiden PAUiTM, Datuk Mohd Zaini Hassan hari ini berkata persatuan itu yang mewakili 700,000 alumni UiTM seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang antara lain mendesak agar kemasukan UiTM dibuka kepada kaum lain.

Katanya, kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hindraf hari ini menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan bagi menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India, antaranya pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum itu ke universiti awam termasuk UiTM.

Mohd Zaini, sebaliknya, berkata PAUiTM mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.

“Bagi memastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...