• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Jual 75,500 Unit Kereta Dalam Masa 4 Bulan

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berjaya mencatat jualan 75,500 unit kenderaan dalam tempoh empat bulan pertama 2018 yang merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ini sekali gus meletakkan pengeluar kereta itu menguasai 41.6 peratus jumlah jualan kenderaan (TIV) setakat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bahagian pasaran Perodua turut mencatat 43 peratus pada April iaitu tertinggi dalam sejarah 26 tahun penubuhannya.

Sehubungan itu, berdasarkan momentum semasa, Perodua mengekalkan sasaran jualan sebanyak 209,000 unit yang ditetapkan untuk tahun ini, katanya.

“Permintaan terhadap model Myvi baharu amat kukuh sehinggakan kami perlu bekerja lebih masa untuk memenuhinya. Ada kemungkinan permintaan akan melonjak sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan (semula),” katanya pada majlis berbuka puasa Perodua di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Aminar berkata tempahan kenderaan Perodua juga meningkat 14.2 peratus kepada 113,900 unit berbanding 99,800 unit dalam tempoh sama sebelum ini.

Perodua turut mengeluarkan 72,000 kenderaan bagi tempoh Januari sehingga April 2018 iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus bagi tempoh sama pada 2017.

Aspek servis pula meningkat 3.2 peratus dengan perolehan alat ganti, aksesori dan mengecat kereta menokok 17 peratus bagi tempoh di bawah kajian.

Pengeluar kereta itu baru-baru ini mengumumkan akan mengembalikan sepenuhnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli kereta baharu Perodua, melakukan servis atau membeli alat ganti bagi tempoh 18-31 Mei, 2018, menjelang pelaksanaan GST berkadar sifar pada 1 Jun ini.

Bayaran semula 6.0 peratus GST itu ditawarkan di 179 cawangan jualan sah Perodua di seluruh negara.

“Sebelum pengumuman itu, perniagaan kami agak terjejas sedikit. Ramai pelanggan yang sebaliknya mahu menunggu 1 Jun ini untuk melakukan sebarang pembelian atau melakukan servis.

“Oleh itu, menerusi pengumuman pembayaran balik GST baru-baru, ia berjaya menyaksikan sedikit kenaikan… tidak perlulah menunggu tarikh 1 Jun kerana kami memberi diskaun 6.0 peratus sekarang sebelum pelaksanaan GST kadar sifar itu,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Aminar berkata Perodua akan menyelaraskan sistemnya agar kembali ke era sebelum pelaksanaan GST sebagai persediaan penguatkuasaan semula SST yang dijangkakan pada lewat tahun ini.

“Jika dikira, harga akan naik tetapi kami benar-benar perlu melakukan pengiraan yang terperinci.

“Saya tidak dapat mengulas harga sebenar itu sehinggalah mendapat butiran lanjut. Sebagai penggiat industri dan mungkin menerusi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami akan membincangkannya dengan pihak Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat itu,” katanya.

Kementerian itu baru-baru ini berkata SST akan diperkenalkan semula pada tahun ini dan ditetapkan pada 10 peratus iaitu menyamai tahap sewaktu GST diperkenalkan pada April 2015. – BERNAMA

Tags: keretaPerodua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

19/06/2026
0

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗 Nak balik kampung? Bercuti? Urusan kerja? Atau kereta sendiri masuk bengkel? Tak perlu...

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd