Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gadis 12 Tahun Lerai,...

SEORANG remaja perempuan berusia 12 tahun di Thailand memiliki 'bakat' luar biasa menguruskan...

Polis Tahan Lelaki Tawar...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menawarkan tiket penerbangan palsu kepada...

Tasha Shila Harap 2016...

TASHA Shila yang tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi pada tahun lepas menyatakan harapannya agar...

Seorang Lagi Ahli Keluarga...

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat yang juga saudara Ahli Parlimen Baling, Datuk...

Perancis, UK Dan Jerman Kesal AS Tarik Diri JCPOA

TEHRAN – Perancis, Jerman dan United Kingdom menyesali keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berkaitan senjata nuklear Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Tindakan itu mungkin menyebabkan rejim pengawalan senjata nuklear terjejas, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron menerusi akaun Twitter.

Presiden AS Donald Trump pada Selasa telah mengumumkan bahawa Washington akan menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan ke atas negara itu.

Langkah itu tetap diambil meskipun kebanyakan kuasa dunia termasuk Rusia, China dan Kesatuan Eropah berulang kali menegaskan kepentingan perjanjian itu demi menjaga keamanan serta keselamatan dunia.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) turut mengesahkan sebanyak 11 kali bahawa Iran komited dengan kewajipannya di bawah perjanjian nuklear itu.


Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani pada Selasa berkata beliau telah mengarahkan Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) agar bersedia untuk menyambung semula pengayaan tenaga nuklear di peringkat industri. – BERNAMA

Kategori